RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
|
|
Kelas :4 Bestari
|
|
Bil. Murid :29 orang ( P :19 L :10)
|
|
Masa :9:00-10:00 pagi
|
|
Tarikh :18 Ogos 2011
|
|
Tema :UNIT 1 : MALAYSIA NEGARAKU
|
|
Topik :5b – Berbangga Dengan Identiti Negara
|
|
Subtopik :Jalur Gemilang
|
|
Hasil Pembelajaran
:
Pada akhir aktiviti ini, murid-murid dapat
1. Menyatakan maksud yang terdapat pada warna,jalur,bulan dan bintang pada Jalur Gemilang.
2. bertingkah laku yang baik dan dapat menunjukkan perasaan cinta kepada negara.
3. berbakti dan menabur jasa kepada negara
|
|
Isi Kandungan :
1. Mengenal warna-warna yang terdapat pada jalur gemilang.
2. Mengenal pengertian yang terdapat pada jalur gemilang.
3. Kepentingan mengenal pengertian yang terdapat pada jalur gemilang.
|
|
Penerapan Nilai-Nilai Murni : Patriotisme, menghormati, bekerjasama
|
|
Unsur Patriotisme :Berbangga dengan bendera negara dan mengetahui akan
maksud yang terdapat pada bendera.
|
|
Kemahiran Berfikir :Menghubung Kait, Menjana Idea
|
|
Pengetahuan Sedia Ada :Murid pernah melihat dan mengibarkan Jalur Gemilang
|
|
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
Bendera Malaysia - Jalur Gemilang (30), Laptop & LCD (1), Hadiah
(6), Marker Pen (1), Kertas Putih (32)
|
Langkah / Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
|
Catatan
|
Permulaan
(5 Minit)
|
Teka Teki:
“Siapa saya?”
Saya
sentiasa diperlukan dalam majlis-majlis rasmi terutama dalam perhimpunan. Saya penuh
warna-warni. Saya amat penting untuk Negara Malaysia. Siapakah saya?
Jawapan: Bendera-Jalur Gemilang
|
1. Guru menyatakan maklumat tentang teka teki.
2. Murid menjawab teka teki, apabila murid menjawab betul,
guru memaparkan gambar
bendera Malaysia di papan hitam.
3. Guru mengaitkannya jawapan murid dengan tajuk pelajaran
hari ini.
“ Malaysia
mempunyai bendera sendiri. Bendera Malaysia dikenal sebagai Jalur Gemilang. Oleh itu tajuk pembelajaran kita pada hari
ini adalah “Bendera Malaysia”.
|
BSPP:
Gambar Bendera
Malaysia (Jalur Gemilang)
Kemahiran berfikir:
Membuat
analisis
|
Langkah 1
(15 minit)
|
Video Sejarah Jalur Gemilang:
|
1. Guru menayangkan video yang dinamakan “Sejarah Jalur Gemilang”.
2. Guru bersoal jawab dengan murid-murid.
Soal
Jawab:
a) Jalur Gemilang terdiri daripada berapa warna?
b) Nyatakan warna yang terdapat pada Jalur Gemilang.
3. Guru memaparkan paparan Powerpoint dan menerangkan tentang maksud warna
dan lambang yang terdapat pada bendera Jalur Gemilang.
|
BSPP:
Laptop
LCD
Nilai:
Patriotisme
Menghormati
|
Langkah / Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
|
Catatan
|
Langkah 2
(10 minit)
|
Kuiz Hot Potato
|
1.
Guru memaparkan Soalan Kuiz untuk menguji kefahaman murid berdasarkan
penerangan yang telah diberi oleh guru sebelum ini.
2.
Murid membuat latihan dengan dibimbing oleh guru.
3.
Murid dihendaki membincang soalan secara berpasangan dan menulis
jawapan pada buku conteng masing-masing.
4.
Selepas perbincangan, guru menyuruh murid berdiri dan menyebut
jawapannya.
5.
Guru akan mengisikan jawapan tersebut pada slaid dan menyemak jawapan
bersama-sama dengan murid.
|
BSPP:
Laptop
LCD
Nilai:
Bekerjasama
Kemahiran berfikir:
membanding beza
|
Langkah 3
(20 minit)
|
Video cara- cara untuk menghasilkan jalur
gemilang
Kertas Putih:
|
1. Guru menayangkan video yang dinamakan “Cara-cara
untuk menghasilkan jalur gemilang”.
2. Guru mengedarkan helaian kertas putih dan batang
lidi untuk setiap murid.
3. Murid dikehendaki melukis Jalur Gemilang dan
mewarnakannya dengan mengikut warna
yang telah ditetapkan.
4. Apabila murid sedang memproseskan lukisan
|
BSPP:
Laptop
LCD
Kertas Putih
Batang Lidi
Nilai:
Patriotisme
Menghormati
Elemen:
Seni Visual
|
Langkah / Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
|
Catatan
|
|
Muzik-muzik
patriotik:
|
mereka, guru
akan memainkan muzik-muzik dengan menggunakan
komputer.
|
|
Langkah 4
(10 minit)
|
Video lagu
Jalur Gemilang:
Lagu Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih
budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua Puncak dunia telah kau tawan Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa merdeka Semarak jaya kami warganya Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat Jalur gemilang dibawah naunganmu Jalur gemilang kami semua bersatu. Perpaduan ketaatan Amalan murni rakyat Malaysia Jalur gemilang megah kami terasa Jalur gemilang kibarkanlah wawasan Merah putih biru kuning Jalur semangat kami semua Berkibarlah..Berkibarlah..Berkibarlah
Jalur Gemilang.
|
|
1.
Guru menayangkan video lagu Jalur Gemilang dan mengedarkan lirik lagu Jalur
gemilang kepada semua murid
2.
Murid diminta menghayati lagu yang dimainkan.
3.
Guru
bersoal jawab dengan murid-murid.
Soal jawab:
a) Murid-murid pernah tak mendengar lagu ini?
b) Bilakah biasanya lagu ini dinyanyikan?
c) Apakah nama lagu ini?
d) Lagu ini menceritakan tentang apa murid-murid?
4.
Murid
diminta berdiri di
tempat masing-masing dengan menyanyikan lagu"Jalur Gemilang"beramai-ramai sambil
mengibar bendera yang dibuat oleh murid sendiri.
.
|
BSPP:
Laptop
LCD
Lirik Lagu Jalur
Gemilang
Nilai:
Patriotisme
Menghormati
Elemen:
Pergerakan
Muzik
|
Langkah / Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
|
Catatan
|
Penutup
(5 minit)
|
Murid-murid, boleh ingat apa yang
kita pelajari hari ini?
Hari ini kita telah belajar
tentang bendera Malaysia. Bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang yang
terdiri daripada 4 warna. Setiap warna melambangkan sesuatu.Contohnya ialah
warna kuning pada bulan dan bintang melambangkan warna diraja.
Murid-murid, kita sebagai rakyat
Malaysia mestilah menghormati bendera Malaysia dan lagu patriotik
|
1.
Guru membimbing murid merumus isi pelajaran dengan menggunakan teknik
soal jawab.
2.
Guru
juga cuba melatih murid pembelajaran secara reflektif iaitu kemahiran mengingatkan semula apa
yang telah dipelajari.
3.
Guru
merepakan nilai murni iaitu menghormati bendera Malaysia dan lagu patriotik
seperti Jalur Gemilang.
4.
Guru menampal surat khabar yang berkaitan dengan jalur gemilang di
papan kenyataan kelas.
|
BSPP:
Surat khabar
Pembelajaran
secara reflektif
Penerapan
nilai:
Patriotisme
Menghormati
|
|
|