Kuiz hot potato

file:///C:/Users/user/Desktop/PSK%20Rujukan/ass%20teknologi/kuiz.htm

Sunday, 30 September 2012

RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



Mata Pelajaran                : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Kelas                                :4 Bestari


Bil. Murid                          :29 orang ( P :19  L :10)


Masa                                :9:00-10:00 pagi
          

Tarikh                               :18 Ogos 2011


Tema                                :UNIT 1 : MALAYSIA NEGARAKU


Topik                                :5b – Berbangga Dengan Identiti Negara


Subtopik                           :Jalur Gemilang


Hasil Pembelajaran          :

Pada akhir aktiviti ini, murid-murid dapat
1.    Menyatakan maksud yang terdapat pada warna,jalur,bulan dan bintang pada Jalur Gemilang.
2.    bertingkah laku yang baik dan dapat menunjukkan perasaan cinta kepada negara.
3.    berbakti dan menabur jasa kepada negara




Isi Kandungan                  :

1.    Mengenal warna-warna yang terdapat pada jalur gemilang.
2.    Mengenal pengertian yang terdapat pada jalur gemilang.
3.    Kepentingan mengenal pengertian yang terdapat pada jalur gemilang.


Penerapan Nilai-Nilai Murni :  Patriotisme, menghormati, bekerjasama                            

Unsur Patriotisme                 :Berbangga dengan bendera negara dan mengetahui akan
                                                  maksud yang terdapat pada bendera.


Kemahiran Berfikir               :Menghubung Kait, Menjana Idea



Pengetahuan Sedia Ada   :Murid pernah melihat dan mengibarkan Jalur Gemilang



Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran   :
Bendera Malaysia - Jalur Gemilang (30), Laptop & LCD (1), Hadiah (6), Marker Pen (1), Kertas Putih (32)






Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Permulaan
(5 Minit)











Teka Teki:
“Siapa saya?”

Saya sentiasa diperlukan dalam majlis-majlis rasmi terutama dalam perhimpunan. Saya penuh warna-warni. Saya amat penting untuk Negara Malaysia. Siapakah saya?

Jawapan: Bendera-Jalur Gemilang

1.    Guru menyatakan maklumat tentang teka teki.
2.    Murid menjawab teka teki, apabila murid menjawab betul, guru memaparkan gambar bendera Malaysia di papan hitam.
3.    Guru mengaitkannya jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Malaysia mempunyai bendera sendiri. Bendera Malaysia dikenal sebagai Jalur Gemilang. Oleh itu tajuk pembelajaran kita pada hari ini adalah “Bendera Malaysia”.

BSPP:
Gambar Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)

Kemahiran berfikir:
Membuat analisis


Langkah 1
(15 minit)







Video Sejarah Jalur Gemilang:





Powerpoint:


   
1.    Guru menayangkan video yang dinamakan “Sejarah Jalur Gemilang”.
2.    Guru bersoal jawab dengan murid-murid.
Soal Jawab:
      a)    Jalur Gemilang terdiri daripada berapa warna?
      b)    Nyatakan warna yang terdapat pada Jalur Gemilang.
3.    Guru memaparkan paparan Powerpoint dan menerangkan tentang maksud warna dan lambang yang terdapat pada bendera Jalur Gemilang.

BSPP:
Laptop
LCD

Nilai:
Patriotisme
Menghormati


Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Langkah 2
(10 minit)

Kuiz Hot Potato









1.    Guru memaparkan Soalan Kuiz untuk menguji kefahaman murid berdasarkan penerangan yang telah diberi oleh guru sebelum ini.
2.    Murid membuat latihan dengan dibimbing oleh guru.
3.    Murid dihendaki membincang soalan secara berpasangan dan menulis jawapan pada buku conteng masing-masing.
4.    Selepas perbincangan, guru menyuruh murid berdiri dan menyebut jawapannya.
5.    Guru akan mengisikan jawapan tersebut pada slaid dan menyemak jawapan bersama-sama dengan murid.


BSPP:
Laptop
LCD

Nilai:
Bekerjasama

Kemahiran berfikir:
membanding beza


Langkah 3
(20 minit)
Video cara- cara untuk menghasilkan jalur gemilang



Kertas Putih:

1.    Guru menayangkan video yang dinamakan “Cara-cara untuk menghasilkan jalur gemilang”.
2.    Guru mengedarkan helaian kertas putih dan batang lidi untuk setiap murid.
3.    Murid dikehendaki melukis Jalur Gemilang dan mewarnakannya dengan mengikut  warna yang telah ditetapkan.
4.    Apabila murid sedang memproseskan lukisan
BSPP:
Laptop
LCD
Kertas Putih
Batang Lidi

Nilai:
Patriotisme
Menghormati

Elemen:
Seni Visual



Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan


Muzik-muzik patriotik:


mereka, guru akan memainkan  muzik-muzik dengan menggunakan komputer.


Langkah 4
(10 minit)



Video lagu Jalur Gemilang:



Lagu Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja                             Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara                                 Biru perpaduan kami semua  Puncak dunia telah kau tawan                            Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa merdeka                         Semarak jaya kami warganya                      Empat belas melintang jalurnya                           Semua negeri dalam Malaysia                            Satu suara satu semangat       Itu sumpah warga berdaulat Jalur gemilang dibawah naunganmu                          Jalur gemilang kami semua bersatu.                       Perpaduan ketaatan         Amalan murni rakyat Malaysia                          Jalur gemilang megah kami terasa                                   Jalur gemilang kibarkanlah wawasan                            Merah putih biru kuning        Jalur semangat kami semua  Berkibarlah..Berkibarlah..Berkibarlah  Jalur Gemilang.
 
































1.    Guru menayangkan video lagu Jalur Gemilang dan mengedarkan lirik lagu Jalur gemilang kepada semua murid
2.    Murid diminta menghayati lagu yang dimainkan.
3.    Guru bersoal jawab dengan murid-murid.
     Soal jawab:
a)    Murid-murid pernah tak mendengar lagu ini?
b)    Bilakah biasanya lagu ini dinyanyikan?
c)    Apakah nama lagu ini?
d)    Lagu ini menceritakan tentang apa murid-murid?
4.    Murid diminta berdiri di tempat masing-masing dengan menyanyikan lagu"Jalur Gemilang"beramai-ramai  sambil  mengibar bendera yang dibuat oleh murid sendiri.






.
BSPP:
Laptop
LCD
Lirik Lagu Jalur Gemilang

Nilai:
Patriotisme
Menghormati

Elemen:
Pergerakan Muzik
Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan



Penutup
(5 minit)



Murid-murid, boleh ingat apa yang kita pelajari hari ini?
Hari ini kita telah belajar tentang bendera Malaysia. Bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang yang terdiri daripada 4 warna. Setiap warna melambangkan sesuatu.Contohnya ialah warna kuning pada bulan dan bintang melambangkan warna diraja.

Murid-murid, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah menghormati bendera Malaysia dan lagu patriotik


1.    Guru membimbing murid merumus isi pelajaran dengan menggunakan teknik soal jawab.
2.    Guru juga cuba melatih murid pembelajaran secara reflektif  iaitu kemahiran mengingatkan semula apa yang telah dipelajari.
3.    Guru merepakan nilai murni iaitu menghormati bendera Malaysia dan lagu patriotik seperti Jalur Gemilang.
4.    Guru menampal surat khabar yang berkaitan dengan jalur gemilang di papan kenyataan kelas.

BSPP:
Surat khabar

Pembelajaran secara reflektif

Penerapan nilai:
Patriotisme
Menghormati







































































































                







No comments:

Post a Comment